Khamis, 22 Julai 2010

Tips Menyambut Ramadhan

quran

Ramadhan yang penuh dengan kelimpahan kebaikan dan keutamaan akan dapat dirasakan dan diraih ketika ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Ketika Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan setelahnya, agar kesungguhannya diterima oleh Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka kerana mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Bagaimana kita menyambut bulan Ramadhan?

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita untuk menyambut Ramadhan dengan penuh makna :

1.Berdoalah agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat sejahtera, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimum di bulan itu, samada puasa, solat, tilawah, dan zikir.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka.

Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan pujilah Allah di atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita.

Al-Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.

Di antara nikmat terbesar yang diberikan oleh Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat walafiat, kita mesti bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Rasulullah saw sentiasa memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan,

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan kerana bulan itu bulan penuh dengan kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancangkan agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Oleh kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5. Kuatkan azam dan bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” (QS Muhammad : 21)

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah berlandaskan ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah swt.

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu firman Allah swt di dalam Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan yang buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (QS An-Nur : 31)

8. Persiapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang boleh mendukung proses “tadzkiyatun- nafs“. Hadiri majlis-majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental, kita siap sedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

a. Buat catatan kecil untuk beri tazkirah tarawikh atau selepas solat subuh dan zuhur.

b. Menyebarkan untaian-untaian nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih :

a. Kepada Allah dengan taubat nashuha.

b. Kepada Rasulullah saw, dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.

c. Kepada ibubapa, anak-isteri dan sahabat handai dengan mempereratkan hubungan silaturahim.

d. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.

Semoga Allah swt memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya.

Isnin, 19 Julai 2010

WOMEN AND LOLLIPOPS

WOMEN AND LOLLIPOPS
www.iluvislam.com
Dihantar oleh : moslemische
Editor : Raidah

WOMEN AND LOLLIPOPS
" A Muslim woman, when they look into the mirror, they make sure they cover their aurah, they wear properly just to please Allah! Yeah! We are so unlike those women in the street who try very hard to attract men! Anyway, what for?...

Dear women, your beauty is exclusive.

YOU ARE NOT A DOLL - Being played by innocent HANDS up to " EVIL ONES' HANDS"...

YOU ARE NOT GONNA LET PEOPLE JUDGE YOU as to what they see that might be wrong as you are not contented with what you seem to be!

YOU ARE YOU! And yeah, God knows that and isn't that enough??? Do you still need people to tell you that you are pretty by exposing yourself?!

Trust me! You don't have to do that...

LOLLIPOPS

Here's a few lollipops for you.....

You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, but you are like those lollipops that are nicely wrapped. People wanted to have lollipops and they surely not gonna buy those unwrapped ones. They surely wanted to have the 'wrapped' ones. It's just that they really have to put on some efforts to have the 'wrapped' lollipops because they are more 'expensive' than those 'unwrapped' lollipops...

You are not gonna to buy the unwrapped one, are you???...


Bear this in mind,

" YOU ARE BEAUTIFUL"

YES. YOU AND I KNOW THAT.

SO WE DON'T NEED ANYBODY TO TELL US WHAT 'BEAUTY' IS.

FOR 'BEAUTY' IS TOO SUBJECTIVE.

LET ME TELL YOU THAT EVERYONE IS BEAUTIFUL. YES! EVERYONE.

SO, ISN'T THIS ENOUGH?

PLEASE...LOVE YOURSELF

BE THE WRAPPED LOLLIPOPS, NOT THE UNWRAPPED ONE.



Dear sisters that I love for the sake of Allah, I'm writing this to show that I DO CARE ABOUT MY SISTERS IN ISLAM and those who seek for HIS GUIDANCE=the truth (May Allah guide them!). May we meet again in Jannah! Insha Allah.

Wassalam...

Ibu Seorang Penipu!


www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Farydzul Fareez
Editor: rabiatul_adawiyah

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"


"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.



Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.



"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"



Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?



Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...

Ahad, 18 Julai 2010

Syaaban bayangan Ramadhan

Sedar tak sedar..hari demi hari berganti..matahari dan bulan kini bertugas begitu pantas saban hari..umat Islam sudahpun melepasi bulan Rejab dan sekarang dalam bulan Syaaban yakni bulan Nabi Muhammad S.A.W..sepertimana dalam hadis Rasulullah :


"Rejab itu bulan Allah , Syaaban pula bulanku , manakala Ramadhan adalah bulan umatku"


MENGENALI BULAN SYAABAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Sebab diberi nama Syaaban adalah kerana pada masa dahulu masyarakat Arab berkeliaran mencari air di sekitar padang pasir untuk mencari sumber air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lain lain juga. Di samping itu bulan Syaaban boleh menjadi medan latihan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertaqwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN


Meningkatkan amalan Puasa Sunat


Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud:
"Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban."
(Riwayat Nasaie).

Memperbanyakkan Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Doa merupakan otak kepada ibadat."
(Riwayat al-Tirmizi).


Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar


Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur: Ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN


Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

PENUTUP

Dengan itu, penulis ingin mengajak diri sendiri khususnya dan kepada pembaca umumnya agar bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Ingatlah, bulan Syaaban ini boleh dijadikan medan latihan yang terakhir bagi menghadapi pesta ibadah yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak. Harapan penulis agar amalan-amalan yang dilakukan pada bulan ini tidaklah terkubur begitu sahaja, tetapi seharusnya ia menjadi satu rutin dalam kehidupan. Bahkan bertambah enak jika ditambah baik pada masa akan datang.
Buruk itu datangnya dari diri yang kerdil lagi hina ini , segala yang baik dan molek itu datangnya dari Allah , yang mana hakikatnya segala benda adalah milik Allah 'Azza Wajalla. Wallahu A'lam. :)


sumber : http://badarkisas.blogspot.com/2010/07/sedar-tak-sedar.html

Adolf Hitler, Kagum & Belajar Dari Tamadun Islam.



KL.JUL18 10
: ADA tiga tamadun terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu. Parsi dan Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka. Adolf Hitler adalah seorang pemimpin Nazi, melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam, yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Demikian antara kandungan e-mail diterjemahkan oleh
fajridil.blogspot.com ke dalam bahasa Malaysia dari bahasa Arab yang diterima dari kawannya di Arab Saudi. (azhar abdullah facebook)

Menurut e-mail itu lagi, Hitler merasa kagum pada Tamadun Islam. Beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera Jerman beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua... Bahkan tentera Jerman pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto    Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini didapati adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh 'saudara' kepada penulis e-mail ini untuk tesis PhDnya. Beliau meminta penulis e-mail ini tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Setelah sedaya upaya beliau mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

Satu: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tidak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau 'Mein Kampf' yang ditulis di dalam penjara, bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

Kedua: Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

Ketiga: Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau... minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Itulah prinsip Hitler dalam hal yang berkaitan Islam.
Mulanya, prinsip ini didedahkan apabila ada yang mengatakan Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan Jerman mengatasi segala-galanya...

Jawabnya, "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu... Pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama... Tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini.. Sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Menurutnya, ada dua sebab... Satu, kerana prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

Dan kedua, kerana prinsip Hitler berkaitan Islam, seperti yang disebutkan di atas.
Bukanlah tujuan pendedahan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Terima kasih kepada Fajridil Blogspot.com.