Isnin, 21 Mei 2012

64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar



15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
theodor herzl 216x300 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.
Holocaust.
hitler nazi parade 300x184 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.
holocaust 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis
Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
united nations general assembly hall new york city 300x208 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin GementarIsu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Arab League Conference 300x199 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin GementarRakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
nakba031 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin GementarKesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
64 tahun An Nakbah
Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.
tentera Israel al aqsa 300x205 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Penodaan kesucian al Quds
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
anak anak gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin GementarRamai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel
breaking news 300x200 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.
umat Gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah
1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.
2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.
mujahidah gaza 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda
3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.
4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.
turkey jet 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.
6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.
7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.
GazaBig 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata
8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang
9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.
10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
al Qassam 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh
Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.
Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.
Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !
al aqsa 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Al Aqsa pastinya akan bebas jua....
Salam perjuangan
Dr Z

Khamis, 17 Mei 2012

“NABI SAW TIDAK PERNAH LAKUKAN” : HUJAH ATAU TIDAK





Antara kefahaman yang salah dalam menilai sesuatu permasalahan untuk menentukan hukum ialah menjadikan alasan bahawa Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebagai hujah untuk diharamkan.

Sebagai contoh perbahasan yang lepas iaitu hukum demonstrasi, terdapat pihak yang mengharamkan secara mutlak akan demonstrasi tersebut tanpa menilai dan mengkaji semata-mata berhujahkan bahawa demonstrasi tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Justeru, mereka memandang bahawa demonstrasi merupakan perkara yang haram dan bid’ah. Perbahasan mengenai hukum demonstrasi boleh rujuk dalam artikel MANHAL PMRAM yang lepas di http://www.manhal.pmram.org/2012/04/hukum-demonstrasi.html

Hasil daripada kefahaman yang sebegini, apa jua perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW maka ia merupakan bid’ah yang diharamkan. Akhirnya menjadikan masyarakat umum salah dalam memahami Islam yang sebenar serta konteks Islam dalam kehidupan adalah terlalu sempit.

Berlakunya kefahaman yang silap ini adalah disebabkan penilaian dan pemahaman mereka ke atas hadis mengenai bid’ah yang difahami secara zahir tanpa merujuk kepada perbahasan para ulama dan hikmah pensyariatan di dalam Islam ke atas sesuatu hukum.

Maka adakah apa yang tidak dilakukan oleh baginda SAW merupakan bi’dah dan menjatuhkan hukum haram secara mutlak?

Perbahasan Ulama Mengenai Bid’ah

Dalam membincangkan permasalahan mengenai bid’ah, maka ia merujuk kepada sabda-sabda baginda SAW yang menerangkan berkenaan bid’ah.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ مِنْه فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang melakukan sesuatu yang baharu dalam urusan kami (agama) ini maka perkara tersebut bukanlah daripada urusan agama, maka ia adalah tertolak”. – Bukhari dan Muslim

Dalam riwayat lain oleh Muslim :

مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنا فَهُوَ رَدّ

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dan ia bukan daripada urusan kami (dalam agama), maka ia tertolak.”

Daripada ‘Irbadh bin Sariyah, Nabi SAW bersabda :

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وسُنَّةِ الخُلَفاء الراشِدِين المَهْدِيِّين عَضُّوا عَليها بالنَواجِذ وَإِيّاكُم وَمُمْحَدثات الأُمُور فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَة ضَلالَة

“Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku, dan sunnah sahabat Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mereka ini diberikan hidayah dan gigitlah ia dengan gigi geraham (berpgang teguh dengan sunnah tersebut), maka jauhilah kami daripada pembaharuan yang yang direka-reka (dalam agama), maka sesungguhnya setiap bid’ah tersebut adalah sesat.”  - Abu Daud dan At-Tirmizi

Maka dalam menerangkan perihal bida’ah menurut syara’, terdapat dua method penerangan mereka :

1-      Imam Al-Izz bin Abdul Salam mengatakan setiap perkara baharu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW maka ia dikira sebagai bid’ah. Namun begitu, bid’ah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu bid’ah yang wajib, bid’ah yang haram, bid’ah yang sunat, bid’ah yang makruh dan bid’ah yang harus. Justeru, untuk menilai apakah hokum bagi sesuatu bid’ah tersebut maka ia mestilah merujuk kepada kaedah-kaedah tertentu dalam syara’. – kitab Qawaid Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam
Imam Nawawi juga menyatakan bahawa setiap perkara baharu yang tidak berlaku berlaku di zaman Nabi SAW merupakan bid’ah, dan ia terbahagi kepada dua samada bid’ah yang baik atau bid’ah yang buruk iaitu diharamkan. – kitab Fathul Bari
Kesimpulannya, dalam method yang penerangan yang pertama ini, ulama menyatakan maksud bid’ah dari sudut syara’ adalah sama dari sudut bahasa iaitu perkara yang baharu namun mereka tidak menjadikan kesemua perkara yang baharu adalah haram secara mutlak. Akan tetapi mereka membahagikan samada bid’ah tersebut diharuskan atau diharamkan mengikut kaedah-kaedah tertentu.
2-      Ulama mengkhusus maksud bid’ah dari sudut syara’ ialah perkara baharu yang tercela sahaja. Maka sekiranya perkara baharu yang tidak tercela dan diharuskan dalam Islam maka ia tidaklah tergolong dalam lingkungan bid’ah. Justeru, bid’ah ialah perkara yang baharu yang diharamkan sahaja.
Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah ialah sesuatu yang baharu dan tidak mempunyai nas dalam syara’ yang mengharuskan perkara tersebut. Adapun sekiranya terdapat nas yang mengharuskan perkara tersebut maka ia bukanlah bid’ah sekalipun dari sudut makna bahasa ia merupakan bid’ah iaitu perkara baharu.

Berdasarkan kepada 2 method penerangan ulama berkenaan bid’ah dari sudut syara’ amak ulama bersepakat bahawa hakikat bid’ah yang diharamkan adalah bid’ah yang tidak mempunyai nas-nas dalam syara’ yang mengharuskan perkara tersebut. Adapun jika ia tidak tercela iaitu mempunyai nas-nas yang mengharuskan ia bukanlah menghalang untuk umat Islam melaksanakannya kerana ia tidak termasuk dalam kategori bid’ah yang sesat.

Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa bukanlah setiap perkara yang baharu adalah ditegah dan diharamkan, bahkan perkara baharu yang diharamkan ialah sekiranya ia bertentangan dengan sunnah yang telah dithabitkan. – kitab Ihya’ Ulumiddin

Perbahasan Mengenai Kaedah Asal Bagi Ibadah Dan Adat

Imam As-Syatibi meletakkan garis panduan asas yang cukup penting dalam membezakan antara perkara yang berkaitan dengan konteks ibadah dan adat atau urusan keduniaan. Di dalam kitab beliau Al-Muafaqat maka dinyatakan bahawa :

-          Hukum asal bagi ibadah ialah kita mengabdikan diri tanpa melihat kepada sesuatu hikmah dan maksud. Contohnya seperti solat fardhu Zohor diwajibkan pada tempoh sekian, bilangan 4 rakaat dan dalam keadaan bacaan yang perlahan. Maka mengapa perkara tersebut diwajibkan sebegitu, tidak akan dapat dijawab melalui akal dan tidak cukup dengan hikmah yang zahir semata-mata. Apa yang pasti umat Islam wajib melaksanakan sedemikian walaupun tidak tahu apakah hikmahnya diwajibkan sedemikian melainkan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.
-          Hukum asal bagi adat (urusan keduniaan) adalah melihat kepada tujuan dan hikmah. Contohnya, kewajipan zakat ke atas wang ringgit sedangkan di zaman Nabi SAW ia dikenakan ke atas emas dan perak. Justeru, penggunaan emas dan perak merupakan bentuk dalam urusan keduniaan disebabkan itu melihat kepada hikmah atau tujuan kewajipan zakat ke atas wang rasmi tempatan ialah memberikan hak lebihan orang kaya kepada orang fakir miskin dan golongan yang layak. Justeru, walaupun di zaman sekarang penggunaan wang sudah berubah kepada wang kertas namun tetap merealisasikan tujuan zakat ke atas wang. Hal ini demikian kerana penggunaan wang tadi merupakan dari urusan dunia dan ia berubah mengikut tujuaanya yang dikehendaki. Justeru, kewajipan tetap terjaga dengan pendekatan cara yang berbeza mengikut kesesuaian zaman yang berubah.
Justeru, hukum asal bagi sesuatu perkara yang melibatkan urusan keduniaan adalah diharuskan selagimana tidak terdapat nas-nas yang mengharamkannya. Hal ini demikian kerana ia melihat kepada hikmah dan tujuan. Sekiranya tujuan dan hikmah tersebut tidak bercanggah dengan syariat maka ia diharuskan. Contohnya, skim pinjaman yang ada pada hari ini dengan pelbagai nama yang tidak pernah wujud di zaman Nabi SAW. Maka sekiranya skim pinjaman yang ditawarkan tersebut tidak mengandungi unsur riba dan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’ maka ia dibolehkan walaupun dengan nama-nama skim yang ditawarkan tidak pernah wujud sebelum ini.
Maksud “Kamu Lebih Mengetahui Urusan Keduniaan Kamu”
Hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA bahawa suatu hari Nabi SAW berjalan ke suatu tempat di Madinah yang terdapat di situ satu kaum yang sedang menanam pokok tamar lalu mereka bertanya kepada baginda SAW mengenai cara yang sebenar dalam membiakkan pokok dengan lebih banyak dan baik. Lalu sabda baginda SAW :
أَنْتُم أَعْلَمُ بِأُمُورِ دُنْياكُم
“Kamu lebih mengetahui akan urusan keduniaan kamu.” – Muslim
Maka berdasarkan kepada hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa dalam urusan keduniaan, Nabi SAW menyerahkan kepada umatnya mengikut kemampuan dan kesesuaian zaman mereka. Walaupun baginda SAW tidak pernah melakukan, namun ia bukanlah menjadi hujah sebagai menghalang perkara-perkara baharu yang dilakukan dalam konteks urusan keduniaan. Hal ini demikian kerana wasilah adalah mengikut kesesuaian. Adapun perkara yang ditetapkan oleh nas maka ia mesti dilaksanakan.
Sebagai contoh, Allah mensyariatkan berperang kepada pihak musuh yang menzalimi dan menhalang dakwah Islam bagi memastikan kalimah Allah sentiasa tinggi. Adapun dari konteks urusan keduniaan dalam peperangan seperti jenis senjata, bentuk peperangan tidak ada ditetapkan malahan bergantung kepada kesesuaian zaman. Islam hanya meletakkan garis panduan agar umatnya tidak terlalu sempit dan terlampau. Islam tidaklah terlalu sempit dengan mewajibkan apabila berperang mestilah menggunakan panah, sekiranya menggunakan pistol maka ia dilarang. Islam mengawal agar tidak terlalu melampau sehingga apabila berperang boleh membunuh nyawa yang tidak berdosa. Senjata merupakan wasilah bagi pensyariatan berperang iaitu mempertahankan hak daripada kezaliman dan menjaga dakwah Islam.
Begitu juga dalam konteks urusan keduniaan yang lain jika diqiaskan seperti perubatan, pertanian, pemakaian dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan apa yang telah diperbincangkan, para ulama bersepakat bahawa “apa yang Nabi SAW tidak lakukan” bukanlah menjadi hujah untuk meghukumkan haram melainkan jika terdapat nas-nas yang memang mengharamkan perbuatan tersebut.
Al-Allamah As-Said Abdullah bin Sidiq Al-Ghamari menulis syair berkenaan permasalahan ini di awal syairnya bahawa :
“apa yang Nabi SAW tinggalkan (tidak lakukan) bukanlah menjadi satu hujah dalam syariat kita. Ia tidak menjatuhkan hokum haram mahupun wajib”
Justeru, dalam displin ilmu, maka dapat kita ketahui bahawa penghujahan di atas alasan “apa yang Nabi SAW tidak lakukan” adalah tidak boleh dijadikan hujah. Maka penilaian ke atas sesuatu permasalahan yang berlaku dalam melihat kepada hukumnya mestilah dilihat kepada rujukan-rujukan dalam Islam, samada yang sepakati oleh ulama iaitu 4 rujukan iaitu Al-Quran, hadis, ijma’ dan qias, atau rujukan-rujukan yang ulama berselisih mengenainya seperti istihsan, istishab, kalam sahabat, perbuatan penduduk madinah, hadis mursal dan sebagainya.
Sehubungan itu, apabila berhadapan dengan permasalahan yang tidak pernah timbul di zaman Nabi SAW seperti sistem demokrasi, demonstrasi, pilihanraya dan sebagainya maka tidak boleh untuk terus menolaknya dengan beralasan kepada “apa yang Nabi SAW tidak lakukan”. Ekoran itu ia mestilah dikaji dengan sumber-sumber yang menjadi rujukan sebagaimana dinyatakan sebentar tadi.
Wallahu a’lam
Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan :
1-      Al-Mutasyaddidun, oleh Syeikh Ali Jumaah, cetakan Dar Al-Muqattam Lil An-Nasyri Wa At-Tauzi’
2-      Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan, oleh Syeikh Ali Jumaah, cetakan Dar Al-Muqattam Lil An-Nasyri Wa At-Tauzi’
3-      Jami’ Al-Ulum Wa Al-Hikam, oleh Ibnu Rajab Al-Hanbali, cetakan Muassasah Ar-Risalah Nasyirun
4-      Dirasah Fi Fiqh Maqasid As-Syariah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar Al-Syurouk
5-      As-Sunnah Masdar Lil Makrifah Wa Al-Hadharah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar Al-Syurouk


sumber : http://www.manhal.pmram.org/2012/05/nabi-saw-tidak-pernah-lakukan-hujah.html