Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak
menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan
yang intim dengan Allah swt
Kisah ini berkisar pada
seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang
telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang
jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari
dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang
sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh
Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya
untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah
menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).
Tip 1 – Bangun awal
Ahmad
akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah
ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau
tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan
menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al
Quran.
Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad
membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak
mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau
dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan
menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.
Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk
membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan
menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian
beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.
Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad
akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat
yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu
pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di
koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut
Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi
memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan
membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat
beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada
hari tersebut dan hari sebelumnya.
Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi
rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung
minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran
malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.
Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada
hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir
dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka
surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan
pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.
Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu
sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun
malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca
keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini
Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang
bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru
untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran
sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala
merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.
Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.
Apa
yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang
diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang
cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang
dilaluinya.
Bayangkan betapa bangganya beliau apabila
pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat
Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam
kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran….
Dia menjadi seorang hafiz.
Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:
Kejayaan
terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan
Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim
dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.
Seterusnya
hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh
istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan
kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya
sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.
One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan
(spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out
another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)
sumber asal: http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan